Bayar Wakaf


STATUS SEMASA PROJEK: APRIL 2019

  • WBC 11
  • WBC 13





STATUS SEMASA PROJEK: MAC 2019

  • WBC 10
  • WBC 9




STATUS SEMASA PROJEK: FEBRUARI 2019

  • WBC 5
  • WBC 7




STATUS SEMASA PROJEK: JANUARI 2019

  • WBC 1
  • WBC 2
  • WBC 3
  • WBC 4



CADANGAN PEMBINAAN WAQF BUSINESS CENTRE (WBC) / PUSAT PERNIAGAAN WAKAF

W
aqf Business Centre (WBC) sedang dibina di atas tanah wakaf Lot 95108, Persiaran Pulai Jaya, Bandar Pulai Jaya, Daerah Kinta. Kerja pembinaan melibatkan 2 unit kedai berukuran 10’ x 20’ kaki setiap satu, 3 unit bazar berukuran 10’ x 14’ kaki setiap satu dan 5 kiosk perniagaan berukuran 8’ x 8’ kaki setiap satu dengan anggaran keseluruhan projek bernilai RM400 ribu. Diharap projek ini dapat disempurnakan pembinaannya bagi memberi ruang peniaga-peniaga kecil sedia ada mempunyai permis perniagaan yang lebih selesa dan kondusif.

  • Pelan 2
  • Pelan 3
  • Pelan 4
  • Pelan








KONSEP WAQF BUSINESS CENTRE (WBC)/ PUSAT PERNIAGAAN WAKAF, WAQAF PERAK AR-RIDZUAN

Cadangan MAIPk bagi pembinaan WBC yang pertama di Simpang 5, Parit Buntar tidak dapat diteruskan kerana terdapat kekangan dari segi syarat PBT yang mensyaratkan penyerahan sebahagian tanah tapak projek bagi tujuan jalan. Sehubungan itu, MAIPk dan PKEINPk Sdn Bhd (PSB) selaku pengurus projek akan mengenalpasti tapak lain yang sesuai bagi pelaksanaan projek ini.

Bagi memberi gambaran konsep pelaksanaan WBC, berikut adalah contoh WBC di bawah MAIPk menggunakan peruntukan lain yang telah siap dibina dan beroperasi:

WAQF BUSINESS CENTRE (WBC) MASJID AL HIDAYAH, BEHRANG 2020

Di bina  di atas lot 12293, Mukim Hulu Bernam Timur, Daerah Muallim, Perak bersebelahan Masjid Al-Hidayah Bandar Behrang 2020, Slim River. Melibatkan 6 unit permis perniagaan berkeluasan 150 kaki persegi untuk setiap unit.

Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah menerima Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (No. MDTM/OSC/PS (S)/12293/05/16)) daripada Majlis Daerah Tanjung Malim pada 21 November 2017. 6 unit premis berkenaan sedang dalam proses kemasukan penyewa.


  • DSC_0218
  • DSC_0235
  • DSC_0237
  • WhatsApp Image 2018-05-03 at 2.18


______________________________________________________________________________________________________________________


CADANGAN PEMBINAAN PUSAT PERNIAGAAN WAKAF / WAQF BUSINESS CENTER (WBC) DI SIMPANG 5, PARIT BUNTAR

MAIPk telah merancang untuk menjalankan satu (1) projek WBC bagi tahun 2017 iaitu di Simpang 5, Parit Buntar. 

Pengurus projek bagi pembinaan WBC adalah PKEINPk Sdn Bhd (PSB).PSB ditubuhkan di bawah Akta Syarikat dan merupakan milikan penuh Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak. Tujuan ditubuhkan adalah untuk memperkasakan aset umat Islam di Negeri Perak dengan satu visi untuk menjadi badan korporat yang berdaya saing dalam membangunkan ekonomi Islam, khususnya di Negeri Perak dan kini mengorak langkah lebih jauh dengan menceburi bidang hartanah.