PERKEMBANGAN PROJEK WAKAF BAGI PEMBINAAN PUSAT HEMODIALISIS WAKAF

 

 

MEI 2018

MAIPk telah mendapat kelulusan untuk Menubuhkan atau Menyenggarakan Kemudahan atau Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta daripada Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS), Bahagian Amalan Perubatan, Kementerian Kewangan Malaysia pada 14 Februari 2018.


JUN 2017

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah meluluskan zoning bagi Pembinaan Pusat Hemodialisis Wakaf di Masjid Alang Iskandar Shah, Kampung Dato Seri Kamaruddin, Manjung pada 20 Jun 2017. Pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak akan meneruskan dengan fasa berikutnya iaitu, penyediaan pelan-pelan berkaitan bagi permohonan kebenaran merancang dan pembinaan akan dimulakan setelah mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan.

 

Pembinaan Pusat Hemodialisis Wakaf

MAIPk dengan kerjasama Kumpulan Perubatan Ar-Ridzuan bercadang untuk menubuhkan Pusat Hemodialisis Wakaf di setiap daerah di negeri Perak melalui dana Waqaf Perak Ar-Ridzuan (WPAR).Sebagai permulaan, daerah Manjung dipilih untuk menjadi projek perintis pembinaan Pusat Hemodialisis Wakaf atas faktor kepadatan penduduk yang tinggi, statistik bilangan pesakit buah pinggang dan pengangkutan awam yang baik.Kos pembinaan, pembelian kelengkapan dan peralatan rawatan pusat hemodialisis ini akan menggunakan seratus peratus (100%) dana wakaf secara tunai yang disumbangkan oleh orang ramai dan badan korporat. Operasi pusat dialisis ini pula akan dikendalikan oleh Kumpulan Perubatan Ar-Ridzuan Sdn Bhd yang berpengalaman dalam menguruskan pusat hemodialisis.Penubuhan Pusat Hemodialisis Wakaf ini dijangka dapat menampung keperluan dan permintaan untuk rawatan hemodialisis sejajar dengan peningkatan bilangan pesakit terutamanya yang dibiayai oleh MAIPk di bawah sumber zakat pada setiap tahun. Menurut maklumat yang diperolehi daripada Hospital Seri Manjung, sehingga bulan Disember 2016 seramai 60 orang pesakit masih menunggu giliran untuk menerima rawatan dialisis di dalam daerah berkenaan. Justeru itu, Pusat Hemodialisis Wakaf ini juga dijangka dapat menampung keperluan rawatan dialisis kepada pesakit-pesakit tersebut.

 


                                                                                                            Jadual 1:

                Data agihan zakat bagi perbelanjaan rawatan hemodialisis MAIPk



•    Penurunan bilangan disebabkan ada penerima telah meninggal dunia


TAPAK CADANGAN PEMBINAAN PUSAT HEMODIALISIS

Dibina di 4 lot tanah seperti berikut:





JOM BERWAKAF

Klik butang di atas untuk urusan pendaftaran baru dan pembayaran wakaf

MUAT TURUN

Borang Potongan Gaji
Titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah Pelancaran Dana Waqaf Perak Ar-Ridzuan
Teks Ucapan YDP MAIPk Pelancaran Dana Waqaf Perak A-Ridzuan
Jadual Ibadah Bulan Ramadhan (PDF)
Jadual Ibadah Bulan Ramadhan (EXCEL)

HADITH PILIHAN

قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اِذَا مَاتَ الانْسَانُ اِنْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ اِلا مِنْ ثَلاثَةٍ اِلا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُولَهُ

Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
Bersabda Rasulullah s.a.w. : "Apabila seseorang telah meninggal dunia putuslah segala amalannya kecuali tiga, sedekah jariah, atau ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya Hadis sahih riwayat Muslim

Bab mendoakan orang yang memberi sedekah

رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم اِذَا اَتَاهُ قَوْمٌ بِصَدَقَتِهِمْ قَالَ اَللهُمْ صَلِّ عَلَيْهِمْ فَأَتَاهُ أَبِى أَبُوْ أَوْ فَى بِصَدَقَتِهِ فَقَالَ اَللهُمْ صَلِّ عَلَى الِ أَبِى أَوْ فَى

Dari Abdullah bin Aufa r.a katanya:
Apabila satu kaum datang membawa sedekah mereka Beliau mendoakan : "Ya Allah, Berilah mereka rahmat" Abu Aufa datang membawa sedekahnya lalu beliau mendoakan "Ya Allah , berilah keluarga Abu Aufa rahmat." Hadis sahih riwayat Muslim

FACEBOOK KAMI

Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox atau Google Chrome dengan resolusi 1280 x 720. Pihak MAIPk tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Hak Cipta Terpelihara 2015 - 2018 Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak. Powered by ZNN.