CARA MEMBAYAR WAKAF MENGGUNAKAN JOMPAY

Terdapat dua cara untuk membayar wakaf menggunakan JOMPAY iaitu secara berdaftar menggunakan Portal WPAR (Waqaf Perak Ar-Ridzuan) atau membayar menggunakan butang Bayar Wakaf didalam Portal WPAR.

Berdaftar menggunakan Portal Waqaf Perak Ar-Ridzuan :
1. Klik pada butang Daftar/Log Masuk di paparan utama portal seperti rajah dibawah :
 
2. Setelah itu anda akan dibawa ke paparan Sistem WPAR seperti dibawah :
 
3. Untuk mendaftar sebagai pewakaf, klik butang Daftar/Log Masuk Pewakaf, anda akan dibawa ke paparan log masuk pewakaf seperti rajah dibawah, klik pautan Daftar Sebagai Pewakaf.
 
 
4. Borang daftar pewakaf akan dipaparkan, sila isi semua maklumat wajib yang diperlukan untuk mendaftar, setelah selesai, klik butang Hantar.
 
5. Paparan Pendaftaran Berjaya akan dipaparkan, seterusnya anda akan dibawa kepaparan log masuk pewakaf, sila masukkan ID Pengguna dan Katalaluan anda dan klik butang Log Masuk.
   
6. Paparan profil seperti rajah dibawah akan dipaparkan setelah berjaya log masuk ke dalam sistem.Untuk membayar wakaf, klik butang Bayar Wakaf.
 
7. Satu paparan bayar wakaf akan dipaparkan, lengkapkan semua maklumat tentang pembayaran wakaf seperti jenis wakaf, jumlah, jenis pemilik dan nama pemilik, sila tandakan Pengesahan Wakaf dan mengisi Frasa Sekuriti seterusnya klik butang Bayar Dana Wakaf.
 
8. Pop-up Notifikasi Pembayaran Secara Online akan dipaparkan, klik butang Bayar Secara JomPAY.
 
9. Setelah itu, paparan Pengesahan Pembayaran Secara JomPAY akan dipaparkan. Sila ikuti langkah-langkah yang dipaparkan untuk meneruskan bayaran secara JomPAY. Untuk menerima SMS Biller Code dan Ref-1 di telefon bimbit, masukkan no. telefon bimbit diruang yang disediakan dan pastikan kotak "Hantar Ref-1 melalui SMS" ditanda. Setelah itu klik butang "CETAK & SIMPAN MAKLUMAT". Ref-1 juga boleh didapati dengan mengimbas kod QR yang dipaparkan dengan menggunakan aplikasi pengimbas kod QR yang dipasang di telefon bimbit.
 
 
 
10.  Setelah itu, paparan Pengesahan Pembayaran Secara JomPAY boleh ditutup.

Tidak Berdaftar / menggunakan butang Bayar Wakaf pada Portal Waqaf Perak Ar-Ridzuan :
1. Pada paparan utama Portal WPAR terdapat satu butang Bayar Wakaf di setiap Projek Wakaf yang dipaparkan.
2. Sila pilih projek yang hendak disumbang dan klik butang Bayar Wakaf.
 
3. Setelah itu, paparan Pembayaran Waqaf Perak Ar-Ridzuan akan dipaparkan, sila isi semua ruangan yang disediakan dan klik butang Bayar Waqaf Perak Ar-Ridzuan   (Nota : Jika anda pernah mendaftar di dalam sistem, anda hanya perlu mengisi ruangan No. Kad Pengenalan sahaja dan semua maklumat anda akan dipaparkan secara automatik)
 
 
 
4. Pop-up Pembayaran Wakaf Perak Ar-Ridzuan akan dipaparkan, sila masukkan jumlah yang ingin diwakafkan dan klik butang Bayar Secara JomPAY.
 
 
5. Setelah itu, paparan Pengesahan Pembayaran Secara JomPAY akan dipaparkan. Sila ikuti langkah-langkah yang dipaparkan untuk meneruskan bayaran secara JomPAY. Untuk menerima SMS Biller Code dan Ref-1 di telefon bimbit, masukkan no. telefon bimbit diruang yang disediakan dan pastikan kotak "Hantar Ref-1 melalui SMS" ditanda. Setelah itu klik butang "CETAK & SIMPAN MAKLUMAT". Ref-1 juga boleh didapati dengan mengimbas kod QR yang dipaparkan dengan menggunakan aplikasi pengimbas kod QR yang dipasang di telefon bimbit.
 
6. Setelah itu, paparan Pengesahan Pembayaran Melalui JomPAY boleh ditutup.
Maybank Islamic Berhad akan memadankan setiap RM1 yang disumbangkan oleh orang ramai melalui M2U dengan RM1 yang lain. Ini adalah untuk memberi motivasi dan insentif kepada orang ramai untuk membuat sebanyak mungkin sumbangan kerana bagi setiap RM1 mereka dermakan, Maybank Islamic Berhad akan menambah RM1 yang lain.

Berikut adalah cara-cara berwakaf menggunakan Maybank2U

Majlis Pelancaran Waqaf Perak Ar-Ridzuan




Waqaf Perak aR-Ridzuan 2016




Pelancaran WPAR dan Cara Berwakaf

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Selamat datang dan terima kasih kerana sudi melayari portal rasmi Waqaf Perak Ar-Ridzuan, Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk).

Portal Waqaf Perak Ar-Ridzuan ini dibangunkan sebagai medium untuk memberikan kepada anda maklumat yang jelas dan terkini berkaitan program-program di bawah dana Wakaf Perak Ar-Ridzuan yang dilaksanakan oleh pihak MAIPk selaku pemegang amanah wakaf di Negeri Perak Darul Ridzuan. Ia juga menyediakan platform untuk berwakaf mengikut pilihan jenis-jenis projek yang telah dikenalpasti dan akan dilaksanakan apabila dana wakaf berkenaan mencukupi.

Adalah menjadi harapan saya agar kemudahan berwakaf yang disediakan melalui portal ini dan ketelusan penyebaran maklumat berkaitan kegunaan dana yang diwakafkan dapat membantu memudahkan urusan dan meningkatkan keyakinan semua pihak terutamanya para pewakaf. Sesungguhnya, MAIPk amat komited untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dan sentiasa berusaha memperkasakan sosio ekonomi ummah melalui wadah wakaf.

Terima kasih kerana sudi mengunjungi portal Wakaf Perak Ar-Ridzuan.


Salam hormat,

Dato' Dr. Amiruddin bin Muhamed
Ketua Pegawai Eksekutif
Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak
Halaman 1 dari 3