WAKAF ILMU PROGRAM MUMTAZ
(Keperluan Dana RM 10 Juta)

WAKAF ILMU - PROGRAM MUMTAZ

Wakaf Ilmu Program MUMTAZ diwujudkan untuk mengurangkan jurang pencapaian akademik antara pelajar luar bandar terutamanya golongan miskin, berpendapatan rendah dan sederhana dengan pelajar di bandar. Bertemakan “Mumtaz” (Cemerlang), dana wakaf projek ini digunakan untuk pelaksanaan program pendidikan bagi meningkatkan kecemerlangan pelajar. Penerima manfaat bagi projek ini adalah pelajar cemerlang terutama pelajar-pelajar di luar bandar yang kurang berkemampuan.



Sasaran kutipan bagi projek Wakaf Ilmu- Program MUMTAZ ialah RM10 juta.