WAKAF BANGUNAN KEDIAMAN PELAJAR
(Keperluan Dana 15 Juta)


WAKAF BANGUNAN KEDIAMAN PELAJAR

Projek ini diwujudkan untuk menyediakan perkhidmatan penginapan kepada pelajar universiti. Penerima Manfaat bagi projek ini adalah pelajar-pelajar Universiti yang hanya dikenakan caj penginapan atas kos sebenar (penyelenggaraan, kelengkapan dan utiliti).

Projek pertama di bawah Wakaf Bangunan Kediaman Pelajar ialah Bangunan Kediaman Pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS). Pemilihan USAS sebagai penerima pertama projek ini adalah disebabkan keperluan mendesak bagi penempatan penginapan pelajar kerana bangunan asrama sedia ada hanya mampu menampung seramai 1,500 orang. Peningkatan jumlah pelajar USAS yang telah mencapai hampir 4000 orang menyebabkan bangunan asrama sedia ada tidak dapat menampung jumlah pelajar berkenaan.

Pada Disember 2017, MAIPk melalui peruntukan Zakat Fisabilillah telah membiayai pembinaan 2 blok (75 unit) bangunan apartment 5 tingkat yang mampu menempatkan seramai 720 orang pelajar dengan kos sebanyak RM13.5 juta. Seterusnya, Kutipan Projek Dana Wakaf Kediaman Pelajar di bawah Waqaf Perak Ar-Ridzuan (WPAR) yang terkumpul akan digunakan untuk membantu pihak USAS membiayai pembelian Bangunan Kediaman Pelajar USAS fasa 2 yang sedang dalam proses pembinaan.

Sasaran: Sasaran kutipan bagi Wakaf Bangunan Kediaman Pelajar  ini adalah Tidak Terhad.