Sub-kategori
Satu taklimat dan perbincangan berkaitan Program Perkampungan Ilmu SPM 2016 telah diadakan pada 6 September 2016 di SMK Dato' Idris,Pantai Remis. Taklimat ini telah dihadiri oleh Pegawai MAIPk,Pegawai Pendidikan Daerah Manjung dan AJK Pelaksana yang terdiri daripada guru-guru sekolah yang terlibat.
 Program MUMTAZ pada kali ini akan berlangsung pada 23 - 25 September 2016 dengan kerjasama diantara MAIPk dan Ppd daerah Manjung.



Sesi " Jom Ngeteh With WaqfWorld " yang berlangsung pada 5 September 2016 di Casuarina Meru Hotel.
Moderator : Prof. Dato’ Dr.Mazlin Mokhtar,
 Deputy Vice-Chancellor, Research & Innovation Affairs,
 Universiti Kebangsaan Malaysia
Ahli Panel:
 Dr.Suhaili binti Alma’amun
 ( Head, Research Center for Islamic Economics and Finance, Universiti Kebangsaan Malaysia & Researcher, WaqfWorld.org)
Dr.Amiruddin bin Muhamed
 ( CEO, Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak )
Dr.Mohd Afzanizam Abdul Rashid 
 ( Chief Economist, Bank Islam Malaysia Berhad )


Waqaf Perak Ar-Ridzuan melalui projek Wakaf Ilmu-Program MUMTAZ telah berjaya menjalankan program perintis dengan mengadakan Seminar Kecemerlangan UPSR 2016 bermula dari 29-31 Julai 2016 bertempat di Kampus Sultan Azlan Shah,UPSI.
Gambar sekitar tapak projek pembinaan asrama pelajar. Kerja-kerja pembinaan bagi blok A sudah hampir 35% dan blok B 15% siap.
IPOH 18 MEI 2016 - Majlis Penyerahan cek RM100 Ribu kepada Masjid Taman Jati telah berlangsung pada jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat ,5 Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk).
 
						 
						 
         
         
         
         
         
         
         
         
         
         
         
         
		     
		     
		    







