WAKAF ILMU – PROGRAM MUMTAZ DI DAERAH KERIAN

 


BAGAN SERAI, 08 Disember 2016 (Khamis) – Seramai 60 orang calon pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 dari sebelas buah sekolah di daerah Kerian telah menyertai Program Mumtaz di daerah Kerian. Program tersebut telah berlangsung selama tiga hari dua malam iaitu pada 06hb  sehingga 08hb Disember 2016 di Sekolah Abu Bakar Al Baqir di Bagan Serai.

Program Bahasa Inggeris bagi Pelajar Lepasan SPM 2016 merupakan salah satu program di bawah Projek Waqaf Perak Ar-Ridzuan (WPAR) iaitu Wakaf Ilmu-Program Mumtaz. Program ini melibatkan kerjasama antara Majlis Agama Islam Dan `Adat Melayu Perak (MAIPk), Scye Global Education Sdn Bhd dan Pejabat Pendidikan Daerah Kerian.

Para peserta yang dipilih adalah dari kalangan pelajar-pelajar yang berada ditahap sederhana dalam penguasaan Bahasa Inggeris mereka. Program ini telah memberi pendedahan dan pemahaman yang lebih mendalam tentang teknik menjawab MUET untuk ke peringkat pengajian tinggi serta melahirkan minat pelajar dalam menguasai Bahasa Inggeris. Selain itu, penyediaan RESUME dan teknik menjawap soalan temuduga juga turut didedahkan.

Wakaf Ilmu-Program MUMTAZ yang dilaksanakan pada kali ini,merupakan program ketiga selepas ia berjaya dilaksanakan khusus bagi pelajar yang mengambil UPSR dan SPM. Daerah Kerian terpilih untuk menjadi daerah pertama bagi program Bahasa Inggeris ini. Program ini akan dikembangkan ke seluruh negeri Perak pada masa akan datang dengan melihat potensi kutipan dana wakaf yang semakin meningkat di negeri ini.

Majlis penutup ini telah disempurnakan oleh En Suhaimi bin Yusoff (Pengurus Besar Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Mal dan Wakaf) dan turut dihadiri oleh Hj Abdul Wahid bin Ramli (Ketua Pegawai Pendidikan daerah Kerian), pegawai-pegawai MAIPk,pegawai PPD Kerian dan guru-guru.













JOM BERWAKAF

Klik butang di atas untuk urusan pendaftaran baru dan pembayaran wakaf

MUAT TURUN

Borang Potongan Gaji
Titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah Pelancaran Dana Waqaf Perak Ar-Ridzuan
Teks Ucapan YDP MAIPk Pelancaran Dana Waqaf Perak A-Ridzuan
Jadual Ibadah Bulan Ramadhan (PDF)
Jadual Ibadah Bulan Ramadhan (EXCEL)

HADITH PILIHAN

قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اِذَا مَاتَ الانْسَانُ اِنْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ اِلا مِنْ ثَلاثَةٍ اِلا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُولَهُ

Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
Bersabda Rasulullah s.a.w. : "Apabila seseorang telah meninggal dunia putuslah segala amalannya kecuali tiga, sedekah jariah, atau ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya Hadis sahih riwayat Muslim

Bab mendoakan orang yang memberi sedekah

رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم اِذَا اَتَاهُ قَوْمٌ بِصَدَقَتِهِمْ قَالَ اَللهُمْ صَلِّ عَلَيْهِمْ فَأَتَاهُ أَبِى أَبُوْ أَوْ فَى بِصَدَقَتِهِ فَقَالَ اَللهُمْ صَلِّ عَلَى الِ أَبِى أَوْ فَى

Dari Abdullah bin Aufa r.a katanya:
Apabila satu kaum datang membawa sedekah mereka Beliau mendoakan : "Ya Allah, Berilah mereka rahmat" Abu Aufa datang membawa sedekahnya lalu beliau mendoakan "Ya Allah , berilah keluarga Abu Aufa rahmat." Hadis sahih riwayat Muslim

FACEBOOK KAMI

Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox atau Google Chrome dengan resolusi 1280 x 720. Pihak MAIPk tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Hak Cipta Terpelihara 2015 - 2018 Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak. Powered by ZNN.