Bayaran Menggunakan JomPAY

CARA MEMBAYAR WAKAF MENGGUNAKAN JOMPAY

Terdapat dua cara untuk membayar wakaf menggunakan JomPay iaitu secara berdaftar menggunakan Portal WPAR (Waqaf Perak Ar-Ridzuan) atau membayar menggunakan butang Bayar Wakaf didalam Portal WPAR.
Berdaftar menggunakan Portal Waqaf Perak Ar-Ridzuan :

1. Klik pada butang Daftar/Log Masuk di paparan utama portal seperti rajah dibawah :
2. Setelah itu anda akan dibawa ke paparan Sistem WPAR seperti dibawah :
login-edited.png
3. Untuk mendaftar sebagai pewakaf, klik butang Daftar/Log Masuk Pewakaf, anda akan dibawa ke paparan log masuk pewakaf seperti rajah dibawah, klik pautan Daftar Sebagai Pewakaf.
login4-edited.png
4. Paparan Pendaftaran Berjaya akan dipaparkan, seterusnya anda akan dibawa kepaparan log masuk pewakaf, sila masukkan ID Pengguna dan Katalaluan anda dan klik butang Log Masuk.
register-edited.png
5. Paparan Pendaftaran Berjaya akan dipaparkan, seterusnya anda akan dibawa kepaparan log masuk pewakaf, sila masukkan ID Pengguna dan Katalaluan anda dan klik butang Log Masuk.
5.png
login2-edited.png
6. Paparan profil seperti rajah dibawah akan dipaparkan setelah berjaya log masuk ke dalam sistem. Untuk membayar wakaf, klik butang Bayar Wakaf.
login3-edited.png
7. Satu paparan bayar wakaf akan dipaparkan, lengkapkan semua maklumat tentang pembayaran wakaf seperti jenis wakaf, jumlah, jenis pemilik dan nama pemilik, sila tandakan Pengesahan Wakaf dan mengisi Frasa Sekuriti seterusnya klik butang Bayar Dana Wakaf..
login5-edited.png
8. Pop-up Notifikasi Pembayaran Secara Online akan dipaparkan, klik butang Bayar Secara JomPAY.
login6-edited.png
9. Setelah itu, paparan Pengesahan Pembayaran Secara JomPAY akan dipaparkan. Sila ikuti langkah-langkah yang dipaparkan untuk meneruskan bayaran secara JomPAY. Untuk menerima SMS Biller Code dan Ref-1 di telefon bimbit, masukkan no. telefon bimbit diruang yang disediakan dan pastikan  kotak "Hantar Ref-1 melalui SMS" ditanda. Setelah itu klik butang "CETAK & SIMPAN MAKLUMAT". Ref-1 juga boleh didapati dengan mengimbas kod QR yang dipaparkan dengan menggunakan aplikasi pengimbas kod QR yang dipasang di telefon bimbit.
login7-edited.png
10. Setelah itu, paparan Pengesahan Pembayaran Secara JomPAY boleh ditutup.
Tidak Berdaftar / menggunakan butang Bayar Wakaf pada Portal Waqaf Perak Ar-Ridzuan :
1. Pada paparan utama Portal WPAR terdapat satu butang Bayar Wakaf di setiap Projek Wakaf yang dipaparkan.
2. Sila pilih projek yang hendak disumbang dan klik butang Bayar Wakaf.
bayarwakaf-edited.png
3. Setelah itu, paparan Pembayaran Waqaf Perak Ar-Ridzuan akan dipaparkan, sila isi semua ruangan yang disediakan dan klik butang Bayar Waqaf Perak Ar-Ridzuan.
(Nota : Jika anda pernah mendaftar di dalam sistem, anda hanya perlu mengisi ruangan No. Kad Pengenalan sahaja dan semua maklumat anda akan dipaparkan secara automatik)
jompay3-edited.png
4. Pop-up Pembayaran Wakaf Perak Ar-Ridzuan akan dipaparkan, sila masukkan jumlah yang ingin diwakafkan dan klik butang Bayar Secara JomPAY.
login9-edited.png
6. Setelah itu, paparan Pengesahan Pembayaran Secara JomPAY akan dipaparkan. Sila ikuti langkah-langkah yang dipaparkan untuk meneruskan bayaran secara JomPAY. Untuk menerima SMS Biller Code dan Ref-1 di telefon bimbit, masukkan no. telefon bimbit diruang yang disediakan dan pastikan  kotak "Hantar Ref-1 melalui SMS" ditanda. Setelah itu klik butang "CETAK & SIMPAN MAKLUMAT". Ref-1 juga boleh didapati dengan mengimbas kod QR yang dipaparkan dengan menggunakan aplikasi pengimbas kod QR yang dipasang di telefon bimbit.
jompay4-edited.png
7. Setelah itu, paparan Pengesahan Pembayaran Secara JomPAY boleh ditutup.

JOM BERWAKAF

Klik butang di atas untuk urusan pendaftaran baru dan pembayaran wakaf

MUAT TURUN

Borang Potongan Gaji
Titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah Pelancaran Dana Waqaf Perak Ar-Ridzuan
Teks Ucapan YDP MAIPk Pelancaran Dana Waqaf Perak A-Ridzuan
Jadual Ibadah Bulan Ramadhan (PDF)
Jadual Ibadah Bulan Ramadhan (EXCEL)

HADITH PILIHAN

قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اِذَا مَاتَ الانْسَانُ اِنْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ اِلا مِنْ ثَلاثَةٍ اِلا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُولَهُ

Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
Bersabda Rasulullah s.a.w. : "Apabila seseorang telah meninggal dunia putuslah segala amalannya kecuali tiga, sedekah jariah, atau ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya Hadis sahih riwayat Muslim

Bab mendoakan orang yang memberi sedekah

رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم اِذَا اَتَاهُ قَوْمٌ بِصَدَقَتِهِمْ قَالَ اَللهُمْ صَلِّ عَلَيْهِمْ فَأَتَاهُ أَبِى أَبُوْ أَوْ فَى بِصَدَقَتِهِ فَقَالَ اَللهُمْ صَلِّ عَلَى الِ أَبِى أَوْ فَى

Dari Abdullah bin Aufa r.a katanya:
Apabila satu kaum datang membawa sedekah mereka Beliau mendoakan : "Ya Allah, Berilah mereka rahmat" Abu Aufa datang membawa sedekahnya lalu beliau mendoakan "Ya Allah , berilah keluarga Abu Aufa rahmat." Hadis sahih riwayat Muslim

FACEBOOK KAMI

Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox atau Google Chrome dengan resolusi 1280 x 720. Pihak MAIPk tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Hak Cipta Terpelihara 2015 - 2018 Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak. Powered by ZNN.