Potongan Gaji Online

CARA MEMBAYAR WAKAF MELALUI POTONGAN GAJI

Bayaran wakaf boleh dibuat melalui potongan gaji setiap bulan dengan mendaftar potongan gaji secara atas talian di Portal Waqaf Perak Ar-Ridzuan.

Berikut adalah cara-cara untuk mendaftar bagi potongan gaji :
1. Klik pada butang Daftar/Log Masuk di paparan utama portal seperti rajah dibawah :
2. Setelah itu anda akan dibawa ke paparan Sistem WPAR seperti dibawah :
login-edited.png
3. Untuk mendaftar sebagai pewakaf, klik butang Daftar/Log Masuk Pewakaf, anda akan dibawa ke paparan log masuk pewakaf seperti rajah dibawah, klik pautan Daftar Sebagai Pewakaf.
login4-edited.png
4. Paparan Pendaftaran Berjaya akan dipaparkan, seterusnya anda akan dibawa kepaparan log masuk pewakaf, sila masukkan ID Pengguna dan Katalaluan anda dan klik butang Log Masuk.
register-edited.png
5. Paparan Pendaftaran Berjaya akan dipaparkan, seterusnya anda akan dibawa kepaparan log masuk pewakaf, sila masukkan ID Pengguna dan Katalaluan anda dan klik butang Log Masuk.
5.png
login2-edited.png
6. Paparan profil seperti rajah dibawah akan dipaparkan setelah berjaya log masuk ke dalam sistem. Untuk mendaftar potongan gaji, klik tab Maklumat Potong Gaji.
potong-gaji-8.png
7. Sekiranya belum pernah membuat pendaftaran potongan gaji, paparan berikut akan dipaparkan. Sila klik pautan "klik" untuk meneruskan proses pendaftaran potongan gaji.
potong-gaji-11.png
8. Borang pendaftaran gaji akan dipaparkan. Sila klik butang Carian Majikan untuk membuat carian majikan.
potong-gaji-21.png
9. Senarai Majikan akan dipaparkan. Sila pilih majikan dengan menandakan pada kotak di sebelah nama majikan dan tekan butang Pilih Majikan. Butang tersebut berada di hujung senarai.
potong-gaji-4.png
potong-gaji-5.png
10. Setelah itu, maklumat majikan akan terisi di ruang yang disediakan secara automatik. Sila lengkapkan maklumat Jawatan, Jumlah Potongan serta Mula Potongan dan klik butang Daftar PG Wakaf bagi menghantar maklumat pendaftaran.
potong-gaji-3.png
11. Sekiranya pendaftaran berjaya dihantar, paparan berikut akan dipaparkan. Tutup paparan tersebut dan sila "refresh" pelayar.
potong-gaji-6.png
12. Setelah itu, klik tab Maklumat Potong Gaji. Paparan berikut akan dipaparkan.
potong-gaji-7.png

JOM BERWAKAF

Klik butang di atas untuk urusan pendaftaran baru dan pembayaran wakaf

MUAT TURUN

Borang Potongan Gaji
Titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah Pelancaran Dana Waqaf Perak Ar-Ridzuan
Teks Ucapan YDP MAIPk Pelancaran Dana Waqaf Perak A-Ridzuan
Jadual Ibadah Bulan Ramadhan (PDF)
Jadual Ibadah Bulan Ramadhan (EXCEL)

HADITH PILIHAN

قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اِذَا مَاتَ الانْسَانُ اِنْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ اِلا مِنْ ثَلاثَةٍ اِلا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُولَهُ

Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
Bersabda Rasulullah s.a.w. : "Apabila seseorang telah meninggal dunia putuslah segala amalannya kecuali tiga, sedekah jariah, atau ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya Hadis sahih riwayat Muslim

Bab mendoakan orang yang memberi sedekah

رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم اِذَا اَتَاهُ قَوْمٌ بِصَدَقَتِهِمْ قَالَ اَللهُمْ صَلِّ عَلَيْهِمْ فَأَتَاهُ أَبِى أَبُوْ أَوْ فَى بِصَدَقَتِهِ فَقَالَ اَللهُمْ صَلِّ عَلَى الِ أَبِى أَوْ فَى

Dari Abdullah bin Aufa r.a katanya:
Apabila satu kaum datang membawa sedekah mereka Beliau mendoakan : "Ya Allah, Berilah mereka rahmat" Abu Aufa datang membawa sedekahnya lalu beliau mendoakan "Ya Allah , berilah keluarga Abu Aufa rahmat." Hadis sahih riwayat Muslim

FACEBOOK KAMI

Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox atau Google Chrome dengan resolusi 1280 x 720. Pihak MAIPk tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Hak Cipta Terpelihara 2015 - 2018 Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak. Powered by ZNN.