PROGRAM WAKAF PEMBANGUNAN DAN PERKEMBANGAN ILMU AL-QURAN UNTUK KUMPULAN MUBALIGH NEGERI PERAK

IPOH, 16 Oktober 2016 (Ahad) – Seramai 43 orang Mubaligh dan penggerak Negeri Perak telah menyertai Kursus Latihan Tenaga Pengajar Ilmu Al-Quran dengan menggunakan kaedah Abahata Al-Jabari. Program ini merupakan salah satu daripada projek Waqaf Perak Ar-Ridzuan (WPAR) yang telah dilancarkan pada 7 April 2016. Kursus tersebut telah berlangsung selama dua hari iaitu pada 15  sehingga 16 Oktober 2016 di Institut Latihan Pegawai Awam (ILPA),Ipoh.

Program perintis ini telah dijayakan bersama-sama di antara Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIPk) dan Institut Pengajian Al-Quran (IPAQ) serta Jabatan Agama Islam Perak(JAIPK). Melalui program ini, para mubaligh yang telah menjalani kursus akan  dihantar untuk membantu saudara baru dan orang asli Islam membaca Al-Quran dengan menggunakan kaedah pembelajaran Al-Quran yang pantas dan mudah. Kaedah ini bermatlamat membasmi masalah buta huruf Al-Quran dan pemantapan asas bacaan Al-Quran.

Kursus yang berlangsung selama 2 hari ini,telah diisi dengan pengisian-pengisian yang menarik dan tersusun. Antaranya pengenalan kaedah membaca al-Quran Abahata,slot Tahsinul Qiraat yang dikendalikan oleh Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa serta slot ‘micro teaching’.

Wakaf Pembangunan dan Perkembangan Ilmu Al-Quran adalah satu inisiatif pihak MAIPk untuk menyebar luas ilmu Al-Quran dalam kehidupan ummah melalui pembelajaran, pengajian, pemahaman, penghayatan dan pengaplikasian ilmu Al-Quran tanpa mengira sempadan usia serta taraf kehidupan.   

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Ybhg. Dr Amiruddin bin Muhamed,Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk.Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi Jawatankuasa IPAQ Dr. Tajuddin Jali,pegawai-pegawai MAIPK DAN JAIPK.

















JOM BERWAKAF

Klik butang di atas untuk urusan pendaftaran baru dan pembayaran wakaf

MUAT TURUN

Borang Potongan Gaji
Titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah Pelancaran Dana Waqaf Perak Ar-Ridzuan
Teks Ucapan YDP MAIPk Pelancaran Dana Waqaf Perak A-Ridzuan
Jadual Ibadah Bulan Ramadhan (PDF)
Jadual Ibadah Bulan Ramadhan (EXCEL)

HADITH PILIHAN

قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اِذَا مَاتَ الانْسَانُ اِنْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ اِلا مِنْ ثَلاثَةٍ اِلا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُولَهُ

Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
Bersabda Rasulullah s.a.w. : "Apabila seseorang telah meninggal dunia putuslah segala amalannya kecuali tiga, sedekah jariah, atau ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya Hadis sahih riwayat Muslim

Bab mendoakan orang yang memberi sedekah

رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم اِذَا اَتَاهُ قَوْمٌ بِصَدَقَتِهِمْ قَالَ اَللهُمْ صَلِّ عَلَيْهِمْ فَأَتَاهُ أَبِى أَبُوْ أَوْ فَى بِصَدَقَتِهِ فَقَالَ اَللهُمْ صَلِّ عَلَى الِ أَبِى أَوْ فَى

Dari Abdullah bin Aufa r.a katanya:
Apabila satu kaum datang membawa sedekah mereka Beliau mendoakan : "Ya Allah, Berilah mereka rahmat" Abu Aufa datang membawa sedekahnya lalu beliau mendoakan "Ya Allah , berilah keluarga Abu Aufa rahmat." Hadis sahih riwayat Muslim

FACEBOOK KAMI

Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox atau Google Chrome dengan resolusi 1280 x 720. Pihak MAIPk tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Hak Cipta Terpelihara 2015 - 2018 Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak. Powered by ZNN.