IPOH, 07 April 2016: Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) menganjurkan Majlis Pelancaran Waqaf Perak Ar-Ridzuan di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan. Majlis yang dianjurkan oleh MAIPk ini disempurnakan oleh kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.

Majlis ini turut dihadiri Menteri Besar Perak, Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Perak, Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri, serta agensi-agensi kerajaan dan swasta.

Pelancaran Waqaf Perak Ar-Ridzuan (WPAR) merupakan satu penjenamaan sistem pentadbiran wakaf yang bersifat lebih holistik yang seiring dengan pewujudan Enakmen Wakaf (Perak) 2015 yang berkuatkuasa mulai 15 Februari 2016. Melalui Enakmen ini pentadbiran wakaf di Negeri Perak yang ditadbir MAIPk mempunyai kuasa yang lebih jelas dan menyeluruh di dalam mentadbir dana wakaf. Dengan yang demikian, pelbagai kaedah dan instrumen wakaf kini boleh dilaksanakan oleh MAIPk menurut undang-undang berkenaan.

Dalam acara pelancaran pagi ini sebanyak RM10.8 juta telah disumbangkan oleh pewakaf. Ianya terdiri daripada sumbangan oleh kesemua Ahli Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak sebanyak RM33,500.00. Kerajaan Negeri juga turut memberikan sokongan padu melalui penyerahan sumbangan wakaf oleh perbadanan-perbadanan Kerajaan Negeri iaitu Perbadanan Menteri Besar Perak, Perbadanan Setiausaha Kerajaan Kerajaan Negeri Perak, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak, Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak dan juga Lembaga Air Perak dengan jumlah sebanyak RM500,000.00 (RM100,000.00 bagi setiap Perbadanan). Tidak ketinggalan pewakaf-pewakaf dari sektor korporat seperti Maybank Islamic yang bermurah hati menyumbangkan secara terus sebanyak RM5 juta bagi dana Pembangunan Asrama Pelajar di Kolej Universiti Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar. Sebagai tambahan, pihak Maybank Islamic juga bersetuju untuk menyumbangkan dana wakaf sebanyak RM5 juta lagi sebagai 'matching grant' di mana bagi setiap ringgit yang disumbangkan oleh pewakaf melalui saluran Maybank2U, maka pihak Maybank akan mewakafkan pada nilai yang sama untuk Wakaf Perak Ar-Ridzuan. Pihak UDA Holdings (RM20,000.00) dan Koperasi Peserta-Peserta Rancangan Felcra Seberang Perak (RM19,315.00) dan individu perseorangan (RM300,000.00) juga turut menyumbang pada Majlis Pelancaran Dana Wakaf Perak Ar Ridzuan.
 
 
 
 

Halaman 8 dari 8

JOM BERWAKAF

Klik butang di atas untuk urusan pendaftaran baru dan pembayaran wakaf

MUAT TURUN

Borang Potongan Gaji
Titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah Pelancaran Dana Waqaf Perak Ar-Ridzuan
Teks Ucapan YDP MAIPk Pelancaran Dana Waqaf Perak A-Ridzuan
Jadual Ibadah Bulan Ramadhan (PDF)
Jadual Ibadah Bulan Ramadhan (EXCEL)

HADITH PILIHAN

قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اِذَا مَاتَ الانْسَانُ اِنْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ اِلا مِنْ ثَلاثَةٍ اِلا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُولَهُ

Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
Bersabda Rasulullah s.a.w. : "Apabila seseorang telah meninggal dunia putuslah segala amalannya kecuali tiga, sedekah jariah, atau ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya Hadis sahih riwayat Muslim

Bab mendoakan orang yang memberi sedekah

رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم اِذَا اَتَاهُ قَوْمٌ بِصَدَقَتِهِمْ قَالَ اَللهُمْ صَلِّ عَلَيْهِمْ فَأَتَاهُ أَبِى أَبُوْ أَوْ فَى بِصَدَقَتِهِ فَقَالَ اَللهُمْ صَلِّ عَلَى الِ أَبِى أَوْ فَى

Dari Abdullah bin Aufa r.a katanya:
Apabila satu kaum datang membawa sedekah mereka Beliau mendoakan : "Ya Allah, Berilah mereka rahmat" Abu Aufa datang membawa sedekahnya lalu beliau mendoakan "Ya Allah , berilah keluarga Abu Aufa rahmat." Hadis sahih riwayat Muslim

FACEBOOK KAMI

Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox atau Google Chrome dengan resolusi 1280 x 720. Pihak MAIPk tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Hak Cipta Terpelihara 2015 - 2018 Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak. Powered by ZNN.