WAQF BUSINESS CENTRE (WBC)
(Keperluan Dana RM 20 Juta)

WAQF BUSINESS CENTRE (WBC)

WPAR mengambil inisiatif untuk membantu usahawan yang sedang berniaga secara kecil-kecilan dengan menyediakan ruang niaga yang lebih selesa dan teratur dengan kadar sewaan yang mampu mereka tanggung. Premis perniagaan dengan rekabentuk moden dan infrastruktur yang lengkap akan dibina di atas tanah wakaf dan Baitulmal di lokasi strategik serta berdaya maju di seluruh Negeri Perak Ar-Ridzuan.

Kos bagi pembangunan Waqf Business Centre (WBC) ini adalah sebanyak RM 20 juta.