Tajuk : Program Kelas Tadabbur Al-Quran

Tarikh : 21 Mei 2019 (Selasa)

Tempat : Masjid Toh Puan Besar Hatijah, Batu Gajah
Program ini telah dirasmikan oleh
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni  Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah dan turut dihadiri oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Raja Jaafar ibni Almarhum Raja Muda Musa dan Duli Yang Amat Mulia Raja Di-Hilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain ibni Almarhum Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil Alallahi Shah II Afifurlah

OBJEKTIF PROGRAM:-

i   Membolehkan masyarakat mempelajari ilmu Al-Quran dan pemahaman tafsirnya secara meluas dengan pelaksanaan program di semua Jabatan/organisasi /institusi di seluruh Negeri Perak;

ii.    Menjadi medium untuk program/kaedah pengajaran yang membolehkan setiap ummah memahami dan menghayati peringatan, pelajaran dan kebenaran yang terkandung di dalam Al-Quran untuk diaplikasikan dalam kehidupan bagi bekalan akhirat; dan

iii.     Mencetus rasa ’izzah terhadap Al-Quran melalui disiplin ilmu kemukjizatan Al-Quran.

 

KONSEP PROGRAM

i.      Pelaksanaan program ini dibuat melalui kelas pengajian secara berjadual di setiap agensi / organisasi. Pemilihan masa dan hari adalah mengikut kesesuaian dan ditentukan oleh Ketua Jabatan/ Organisasi. Setiap kelas mengambil masa 30 minit.

ii.    Program ini akan melibatkan semua institusi masjid dan surau serta semua agensi kerajaan termasuk sekolah dan agensi swasta yang berminat, di samping kerjasama dengan organisasi kebajikan dan Pusat Komuniti yang mempunyai pelanggan dari kalangan masyarakat setempat seperti Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta pusat komuniti yang lain.

iii.   Modul program ini adalah berdasarkan kepada Ayat-Ayat Kauniyah (Kemukjizatan Al-Quran) yang diperakukan oleh Jabatan Mufti Negeri Perak.

  • A
  • B
  • Banner
  • C





Tajuk : Program Baca-Tulis-Quran (BTQ) Muallaf

 Tarikh : 20 hingga 23 Mac 2017 ( 4 hari 3 malam)

 Tempat : Pusat Motivasi Mawaddah, Batu Kurau
 
 Peserta : 40 orang dikalangan asnaf muallaf
dari Taiping,Parit Buntar, Bagan Serai, Ipoh dan Manjung.
 
 Kerjasama : Institut Pengajian Al-Quran (IPAQ) dan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK)


  • btq 1
  • btq 2
  • btq 3
  • btq 4


Program Baca-Tulis-Quran (BTQ) Orang Asli

Tarikh : 19 sehingga 22 Disember 2016 ( 4 hari 3 malam)

Tempat : Felda Resident Trolak, Sungkai

Peserta : 40 orang peserta dikalangan  orang asli
dari tiga buah daerah iaitu Batang Padang, Mualim, Hilir Perak

Kerjasama : Institut Pengajian Al-Quran (IPAQ) dan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) serta Centre Quranic Research Universiti Malaya (CQR UM).

 

  • OA 1
  • OA 2
  • OA 3
  • OA 4
  • OA 5


Kursus Latihan Tenaga Pengajar Ilmu Al-Quran

Tarikh : 15 sehingga 16 Oktober 2016 ( 2 hari 1 malam)

Tempat : Institut Latihan Pegawai Awam (ILPA), Ipoh

Peserta : 43 orang (mubaligh dan pengerak seluruh negeri Perak)

Kerjasama : Institut Pengajian Al-Quran (IPAQ) dan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK)



  • AQ 1
  • AQ 2
  • AQ 3
  • AQ 4
  • AQ 5